Siapa yang tidak pernah mengalami sakit gigi? Dari rasa ngilu yang tajam hingga kesakitan yang sukar ditahan, masalah ini sering dialami oleh ramai orang.
Sakit gigi adalah rasa kesakitan yang berlaku di sekitar gigi dan rahang. Kesakitan ini bukan sahaja menyebabkan ketidakselesaan fizikal, malah boleh mengganggu aktiviti harian seperti makan, tidur, dan fokus di tempat kerja.
Di Malaysia, penyakit mulut, terutamanya sakit gigi merupakan salah satu masalah yang lazim berlaku dalam kalangan kanak-kanak.
Statistik dari National Oral Health Survey mendedahkan bahawa 17 daripada 20 orang dewasa pernah bergelut dengan masalah karies gigi — yang berpunca daripada sakit gigi. Lebih membimbangkan lagi, 7 daripada 10 kanak-kanak juga tidak terkecuali dari karies gigi.
Meskipun angka-angka ini membimbangkan, jangan risau! Jangan biarkan sakit gigi terus meragut senyuman anda. Dengan beberapa cara yang mudah dan berkesan, anda boleh menghilangkan sakit gigi di rumah dan mencegah komplikasi yang lebih serius di kemudian hari.
Cara Mudah Untuk Hilangkan Sakit Gigi
Sakit gigi memang boleh menyerang secara tiba-tiba dan berlanjutan selama berhari-hari. Namun, terdapat beberapa cara mudah yang boleh anda gunakan di rumah untuk meredakan sakit gigi.
1. Kumur Dengan Air Garam
Walaupun air garam digunakan secara tradisional untuk meredakan sakit gigi, tetapi cara ini masih popular dan merupakan antara kaedah yang berkesan.
Ini adalah kerana garam mempunyai sifat antiseptik dan antibakteria secara semula jadi yang boleh mengurangkan bengkak dan keradangan, selain membersihkan mulut.
Cara menggunakan air garam:
- Ambil satu sudu teh garam dan larutkan dalam segelas air suam.
- Kumur selama 30 saat untuk memastikan air garam sampai ke seluruh kawasan gigi yang sakit.
- Ulangi proses ini dua hingga tiga kali sehari, terutamanya selepas makan.
2. Tuam Dengan Pek Ais

Pek ais atau cold compress adalah cara yang mudah dan efektif untuk mengurangkan bengkak serta memberikan kelegaan dari sakit gigi di rumah.
Menurut National Library of Medicine, tuam ais mampu mengurangkan tahap kesakitan gigi sebanyak 50% atau lebih dalam kebanyakan pesakit.
Hal ini disebabkan meletakkan pek ais berfungsi dengan mengecutkan saluran darah, dan seterusnya memperlahankan aliran darah ke kawasan yang terjejas.
Proses ini membantu meredakan rasa sakit dan mengurangkan keradangan.
Cara menggunakan pek ais:
- Ambil beberapa ketul ais dan masukkan ke dalam beg plastik.
- Letakkan pek ais pada pipi berhampiran gigi yang sakit. Pastikan tidak meletakkan ais terus pada kulit untuk mengelakkan kebas atau kecederaan pada kulit.
- Tekan perlahan-lahan dan tahan pek ais pada kawasan yang sakit selama 15 hingga 20 minit. Kemudian rehatkan kawasan tersebut sebelum mengulanginya semula.
- Ulangi proses ini beberapa kali sehari, terutama apabila rasa sakit atau bengkak semakin teruk.
3. Gunakan Uncang Teh Pudina
Teh uncang boleh membantu melegakan sakit gigi, terutamanya teh uncang pudina. Daun pudina mempunyai sifat anti-radang dan analgesik semula jadi yang boleh membantu meredakan kesakitan dan memberikan rasa lega.
Pudina juga mempunyai bahan semula jadi yang bersifat antiseptik, membantu mengurangkan keradangan dan membunuh bakteria di kawasan yang sakit.
Cara menggunakan uncang teh pudina:
- Rebus air dan rendam uncang teh pudina dalam air panas selama beberapa minit sehingga teh menjadi pekat. Biarkan teh sejuk sedikit sebelum digunakan.
- Ambil uncang teh yang masih suam (bukan panas) dan letakkan pada kawasan gigi yang sakit. Tekan sedikit agar uncang teh dapat menyentuh gusi dan kawasan gigi yang terjejas.
- Biarkan uncang teh pudina pada kawasan gigi yang sakit selama 10-15 minit. Pudina akan membantu menenangkan kawasan yang sakit dan mengurangkan keradangan.
- Ulangi proses ini beberapa kali sehari, terutama selepas makan atau ketika rasa sakit kembali.
4. Gunakan Bawang Putih
Bawang putih bukan sekadar bahan masakan yang lazim ditemui di dapur. Sebaliknya, bawang putih juga telah lama dimanfaatkan sebagai ubat tradisional untuk merawat pelbagai jenis penyakit, termasuk sakit gigi.
Bawang putih mengandungi sebatian allicin, sejenis bahan yang bersifat antibakteria, antivirus, dan anti-radang yang kuat.
Menurut Journal of Research in Dental and Maxillofacial Sciences, bawang putih menyumbang kepada kesihatan mulut secara keseluruhan. Kesihatan mulut yang baik, termasuk gigi dan gusi yang sihat, dapat membantu mengurangkan risiko sakit gigi.
Cara menggunakan bawang putih:
- Ambil satu atau dua ulas bawang putih dan kupas kulitnya.
- Tumbuk bawang putih hingga hancur untuk mengeluarkan allicin yang bertindak sebagai bahan aktif.
- Letakkan bawang putih yang telah dihancurkan pada kawasan gigi yang sakit atau pada gusi yang meradang. Anda juga boleh menggunakan kapas untuk menahan bawang putih pada kawasan tersebut.
- Biarkan bawang putih pada gigi yang sakit selama 5-10 minit.
- Selepas beberapa minit, bilas mulut dengan air suam.
- Ulangi proses ini beberapa kali sehari, jika perlu.
5. Gunakan Minyak Bunga Cengkih

Selain bawang putih, minyak bunga cengkih juga merupakan bahan yang telah lama digunakan dalam perubatan tradisional untuk meredakan sakit gigi. Minyak bunga cengkih mengandungi eugenol, sebatian semula jadi yang bertindak sebagai analgesik (penahan sakit) dan antiseptik.
Minyak ini membantu mengurangkan rasa sakit dan membunuh bakteria di kawasan mulut yang terjejas.
Cara menggunakan minyak bunga cengkih:
- Gunakan minyak bunga cengkih yang boleh didapati di farmasi atau kedai herba.
- Minyak ini sangat kuat dan boleh menyebabkan iritasi jika digunakan secara langsung. Cairkan dengan mencampurkan beberapa titis minyak bunga cengkih dengan minyak pembawa seperti minyak zaitun atau minyak kelapa.
- Celupkan bebola kapas ke dalam campuran minyak dan sapukan dengan lembut pada gigi yang sakit dan gusi di sekelilingnya.
- Biarkan minyak bunga cengkih berada di kawasan yang sakit selama 10-15 minit.
- Ulangi proses ini setiap beberapa jam, jika perlu.
6. Kumur Dengan Larutan Hidrogen Peroksida
Hidrogen peroksida ialah antiseptik dan antibakteria yang boleh didapati dengan mudah di farmasi. Hidrogen peroksida berkesan membantu membersihkan mulut, membunuh bakteria penyebab jangkitan, serta mengurangkan keradangan pada gusi dan gigi yang sakit.
Selain itu, berdasarkan healthremedy, hidrogen peroksida boleh membantu mengurangkan sakit gigi dengan menghalang penghasilan bahan penyebab sakit yang dipanggil prostaglandin.
Cara menggunakan larutan hydrogen peroksida:
- Campurkan hidrogen peroksida 3% dengan air suam dalam nisbah yang sama (1:1). Pastikan ia tidak terlalu kuat untuk mengelakkan iritasi pada gusi dan mulut.
- Ambil sedikit larutan tersebut dan berkumur selama 30 saat. Pastikan larutan itu merata di seluruh mulut, terutamanya di kawasan gigi yang sakit atau gusi yang bengkak.
- Selepas berkumur dengan larutan hidrogen peroksida, bilas mulut dengan air suam untuk membersihkan sisa larutan yang tertinggal.
- Ulangi langkah ini beberapa kali sehari, terutamanya selepas makan, untuk membantu mengurangkan kesakitan dan menjaga kebersihan mulut.
7. Gunakan Ubat Kumur
Ubat kumur adalah tambahan yang berguna kepada rutin penjagaan mulut anda untuk merawat sakit gigi. Ubat kumur yang mengandungi bahan aktif seperti antiseptik dan fluorida boleh membantu membunuh bakteria, mengurangkan keradangan, serta menyegarkan nafas.
Terdapat pelbagai jenis ubat kumur di pasaran sekarang. Walaupun, bukan semua ubat kumur membantu meredakan sakit gigi —seperti ubat kumur kosmetik yang hanya menyegarkan nafas sementara— terdapat beberapa jenis yang boleh memberikan kelegaan.
Ubat kumur antimikrob, misalnya, didapati berkesan untuk sakit gigi kerana sifat antimikrobnya membunuh bakteria dan mengurangkan keradangan secara langsung dalam mulut.
Cara menggunakan ubat kumur:
- Berus gigi dengan menggunakan ubat gigi dan flos sebelum menggunakan ubat kumur. Hal ini membantu membuang serpihan makanan dan plak, membolehkan ubat kumur berfungsi dengan lebih berkesan.
- Goncangkan botol ubat kumur untuk memastikan bahan aktif tercampur dengan baik sebelum digunakan.
- Ambil sejumlah ubat kumur yang disarankan (biasanya 10-15 ml) dan berkumur selama 30 saat. Pastikan cecair menyentuh seluruh kawasan mulut, termasuk gigi, gusi, dan lidah.
- Ludahkan ubat kumur selepas berkumur. Jangan telan.
- Elakkan membilas mulut dengan air selepas menggunakan ubat kumur, kerana perkara ini boleh mengurangkan keberkesanan ubat kumur.
8. Gunakan Ekstrak Vanila

Ekstrak vanila bukan sahaja digunakan dalam masakan dan minuman, malah juga mempunyai sifat antibakteria dan antioxidant yang boleh membantu mengurangkan sakit gigi.
Ekstrak vanila mengandungi alkohol yang bertindak sebagai bahan antiseptik dan berfungsi untuk membius rasa sakit, sementara vanillin dapat memberikan rasa sejuk dan melegakan kesakitan pada gigi yang sakit.
Cara menggunakan ekstrak vanila:
- Tuangkan beberapa titis ekstrak vanilla pada kapas atau hujung jari.
- Sapukan ekstrak vanila pada kawasan gigi yang sakit atau gusi yang bengkak.
- Biarkan ekstrak vanila berada di kawasan gigi yang sakit selama 5-10 minit.
- Ulangi proses ini beberapa kali sehari, jika perlu.
9. Gunakan Minyak Thyme
Minyak thyme, yang diekstrak daripada tumbuhan thyme, terkenal dengan sifat antiseptik dan antibakteria yang kuat. Minyak thyme mengandungi thymol, sejenis antimikrob dan bahan aktif yang dapat membantu membunuh bakteria di mulut serta mengurangkan rasa sakit gigi dan keradangan.
Cara menggunakan minyak thyme:
- Minyak thyme sangat kuat dan boleh menyebabkan iritasi jika digunakan secara langsung. Cairkan dengan mencampurkan beberapa titis minyak thyme dengan satu sudu kecil minyak pembawa seperti minyak zaitun atau minyak kelapa.
- Gunakan kapas atau jari untuk menyapukan campuran minyak tersebut pada kawasan gigi atau gusi yang sakit.
- Biarkan selama 10-15 minit.
- Ulangi proses ini setiap beberapa jam, jika perlu.
10. Gunakan Aloe Vera
Aloe vera terkenal dengan pelbagai manfaat kesihatannya, termasuk keupayaannya untuk membantu melegakan sakit gigi. Sifat anti-radang dan antibakterianya boleh memberikan kelegaan dan menggalakkan penyembuhan.
Cara menggunakan aloe vera:
- Anda boleh menggunakan gel aloe vera yang segar dari daun tumbuhan aloe vera atau membeli gel aloe vera yang sedia dipasarkan di kedai kesihatan.
- Ambil sedikit gel aloe vera menggunakan jari atau kapas, dan sapukan gel tersebut pada kawasan gigi yang sakit atau gusi yang bengkak.
- Biarkan selama 15-20 minit.
- Bilas mulut anda dengan air suam.
- Ulangi proses ini beberapa kali sehari, jika perlu.
Kini, aloe vera boleh didapati dalam pelbagai produk gigi, termasuk ubat gigi.

Ubat Gigi Aloe Vera Perlindungan Gusi Herba Zaitun mengandungi bahan aktif ekstrak Aloe Barbadensis untuk memberi ketenangan dan membantu memberi keselesaan gusi pada pengguna.
Tambahan pula, ekstrak ini mengandungi sifat anti-radang semula jadi yang dapat melegakan sakit gigi serta mengurangkan keradangan di kawasan gigi dan gusi yang sensitif.
Ia juga mengandungi fluorida yang membantu menguatkan dan menggalakkan proses re-mineralisasi gigi.
Bebas daripada kandungan gula, parabens, dan bahan kimia berbahaya, Ubat Gigi Aloe Vera Zaitun adalah sesuai untuk penggunaan rutin pengguna yang mengalami masalah gigi sensitif.
@zaitun.official Fungsi Zaitun ubat gigi aloe vera ✅ Perlingdungan & penjagaan gusi ✅ Membantu melegakan sakit gusi ✅ Membantu menguatkan enamel gigi ✅Membantu mengyegarkan nafas ✅ Sesuai untuk gusi & gigi sensitif Dapatkan di live sekarang ! #fyp #zaitun #gunakantanpawaswas #ubatgigizaitun ♬ original sound - Zaitun Industry
Bilakah Anda Perlu Berjumpa Dengan Doktor Gigi?

Walaupun anda telah mencuba pelbagai cara untuk menghilangkan sakit gigi di rumah, adakah anda masih mengalami sakit gigi yang berterusan? Terdapat beberapa situasi di mana anda perlu segera berjumpa dengan doktor gigi untuk mendapatkan rawatan yang lebih menyeluruh.
Berikut adalah beberapa situasi yang memerlukan perhatian seorang doktor gigi dan jenis rawatan yang mungkin diberikan.
1. Sakit Yang Berterusan
Jika sakit gigi berlarutan lebih dari satu atau dua hari dan semakin teruk, ia mungkin merupakan masalah yang lebih serius seperti jangkitan atau abses gigi. Sakit yang tidak hilang dengan rawatan rumah perlu dinilai oleh doktor gigi.
2. Pembengkakan Pada Gusi Atau Wajah
Pembengkakan yang berlaku di sekitar gusi atau pipi berhampiran gigi yang sakit boleh menunjukkan jangkitan atau abses gigi yang perlu ditangani segera.
3. Gusi Berdarah Atau Radang
Gusi yang berdarah semasa memberus gigi atau makan, boleh menandakan kemungkinan penyakit gusi yang serius seperti gingivitis atau periodontitis.
4. Gigi Retak Atau Patah
Gigi yang retak atau patah akibat kemalangan atau kecederaan perlu segera diperiksa untuk mencegah kerosakan lebih lanjut dan mengelakkan jangkitan.
5. Gigi Sensitif Yang Teruk
Gigi yang sangat sensitif terhadap makanan panas, sejuk, atau manis yang tidak bertambah baik dengan penggunaan ubat gigi untuk gigi sensitif memerlukan pemeriksaan lebih lanjut.
6. Masalah Pengunyahan atau Pergerakan Rahang
Jika anda mengalami kesukaran untuk mengunyah, rahang yang terkunci, atau klik pada rahang, hal ini boleh menunjukkan masalah seperti TMJ disorder (temporomandibular joint disorder) yang memerlukan rawatan.
Punca Punca Sakit Gigi
1. Karies Gigi (Gigi Berlubang)

Karies gigi berlaku apabila plak bakteria di dalam mulut menguraikan gula dalam makanan dan menghasilkan asid yang merosakkan enamel gigi, menyebabkan lubang.
2. Penyakit Gusi (Gingivitis atau Periodontitis)
Penyakit gusi berlaku apabila gusi menjadi radang dan dijangkiti akibat pengumpulan plak pada gigi. Gejala termasuk gusi berdarah, bengkak, dan rasa sakit semasa memberus gigi.
3. Gigi Sensitif
Gigi yang sensitif boleh menyebabkan rasa sakit apabila terdedah kepada perubahan suhu (seperti makanan atau minuman panas dan sejuk) atau makanan manis. Hal ini berlaku apabila lapisan enamel pada gigi menjadi nipis, menyebabkan pendedahan kepada akar gigi yang lebih sensitif.
4. Jangkitan Akar Gigi (Abses Gigi)
Abses gigi berlaku apabila bakteria menjangkiti tisu dalam akar gigi. Hal ini menyebabkan pembengkakan dan rasa sakit yang sangat teruk.
5. Gigi Retak atau Patah
Gigi yang retak atau patah akibat kecederaan atau pengunyahan makanan keras boleh menyebabkan sakit yang tajam.
6. Tampalan Gigi Longgar atau Rosak
Jika tampalan gigi longgar atau rosak, kawasan gigi yang terdedah boleh menyebabkan rasa sakit atau sensitiviti, terutamanya ketika makan atau minum.
7. Perubahan Posisi Gigi (Kecederaan atau Keradangan Gigi Molar Kebijaksanaan)
Gigi kebijaksanaan atau molar sering menyebabkan masalah apabila ia tidak dapat tumbuh dengan betul atau jika ia terperangkap di bawah gusi. Gigi ini boleh menyebabkan kesakitan dan keradangan pada gusi dan gigi sekeliling.
8. Pendedahan Akar Gigi
Akar gigi yang terdedah, akibat kehilangan enamel gigi atau pendedahan akibat penyakit gusi, boleh menyebabkan rasa sakit yang tajam apabila terdedah kepada rangsangan suhu atau makanan yang tajam.
Teruskan Pembacaan: Cara Memilih Ubat Gigi Terbaik Untuk Gigi Berlubang
Hidup Tanpa Sakit Gigi, Rasai Keselesaan Sepenuhnya!
Jangan biarkan sakit gigi menghalang nikmat hidup anda! Dengan memilih rawatan yang tepat, anda boleh melegakan sakit gigi dan kembali menikmati makanan serta minuman tanpa rasa sakit. Lindungi gigi anda dengan penjagaan yang berkesan dan rasai keselesaan setiap hari.
Di Zaitun, kami menawarkan ubat gigi halal yang dirumus khas untuk membantu meredakan sakit gigi dengan efektif, sesuai untuk semua lapisan masyarakat tanpa ragu-ragu!
Dapatkan produk ubat gigi Zaitun di kedai-kedai runcit berdekatan atau melalui platform pembelian atas talian seperti Shopee, Lazada, Tiktok, laman sesawang Zaitun, ataupun secara fizikal di lokasi-lokasi runcit yang tertera.
Mulakan langkah pertama untuk merawat sakit gigi anda dengan Zaitun!
Hubungi kami untuk maklumat lanjut.
Maklumat yang terkandung dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan dan maklumat umum sahaja. Artikel ini tidak bertujuan menggantikan nasihat, diagnosis, dan rawatan perubatan profesional. Sentiasa rujuk kepada doktor gigi atau pakar kesihatan anda sebelum memulakan sebarang rutin penjagaan gigi baharu, atau jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai kesihatan mulut anda.
Ubat Gigi Zaitun Sesuai Untuk Seisi Keluarga!
Soalan Lazim
1. Kenapa Gigi Saya Sakit Pada Waktu Malam?
Sakit gigi pada waktu malam boleh berlaku kerana beberapa faktor, termasuk:
- Perubahan Posisi Tidur: Apabila anda berbaring, lebih banyak darah mengalir ke kepala, meningkatkan tekanan pada saraf gigi dan menyebabkan kesakitan terasa lebih kuat.
- Kurangnya Gangguan: Pada waktu siang, aktiviti harian boleh mengalih perhatian anda daripada kesakitan. Tetapi pada waktu malam, anda lebih fokus pada ketidakselesaan.
- Keradangan atau Jangkitan: Jika gigi atau gusi mengalami keradangan atau jangkitan, sakitnya boleh bertambah teruk pada waktu malam kerana badan lebih aktif dalam proses penyembuhan.
- Bruxism (Gigi Bergesel Semasa Tidur): Tabiat mengetap atau menggesel gigi ketika tidur boleh menyebabkan tekanan tambahan pada gigi dan mencetuskan kesakitan.
- Makanan atau Minuman Sebelum Tidur: Pengambilan makanan manis, asidik, atau terlalu sejuk/panas sebelum tidur boleh mencetuskan sensitiviti gigi dan menyebabkan kesakitan.
2. Adakah Biasa Jika Sakit Gigi Juga Terasa Pada Kepala, Telinga, Dan Rahang?
Ya, adalah perkara biasa jika sakit gigi juga terasa pada kepala, telinga, dan rahang. Hal ini kerana saraf di sekitar gigi, rahang, dan kepala saling berkaitan. Beberapa sebab utama sakit gigi boleh merebak ke kawasan lain termasuk:
- Saraf Bersambung: Saraf trigeminal, yang mengawal sensasi di wajah, rahang, dan gigi, boleh menyebabkan kesakitan merebak ke kepala dan telinga.
- Jangkitan atau Keradangan: Jika terdapat jangkitan atau abses pada gigi atau gusi, ia boleh menyebabkan rasa sakit merebak ke kawasan lain di kepala dan rahang.
- Bruxism (Menggesel atau Mengetap Gigi): Tabiat ini boleh menyebabkan ketegangan otot rahang, yang boleh menjalar ke kepala dan telinga
- Masalah Sendi TMJ (Temporomandibular Joint): Masalah pada sendi rahang boleh menyebabkan sakit yang terasa di sekitar telinga dan kepala.
3. Adakah Sakit Gigi Boleh Hilang Sendiri?
Sakit gigi tidak selalu hilang sendiri, bergantung kepada puncanya. Jika sakit gigi disebabkan oleh:
Punca yang Boleh Pulih Sendiri
- Iritasi sementara: Jika disebabkan oleh makanan sejuk atau panas, sakit mungkin hilang apabila rangsangan dihentikan.
- Gigi sensitif ringan: Kadang-kadang, penggunaan ubat gigi khas untuk gigi sensitif boleh membantu mengurangkan kesakitan dalam jangka masa panjang.
Punca yang Memerlukan Rawatan
- Kaviti (gigi berlubang): Tidak akan sembuh sendiri dan boleh bertambah teruk jika tidak dirawat.
- Jangkitan atau abses gigi: Boleh menjadi lebih serius, menyebabkan bengkak dan kesakitan yang merebak ke bahagian lain.
- Gusi bengkak atau penyakit gusi: Memerlukan rawatan khusus untuk mengelakkan masalah lebih besar.
- Gigi retak atau patah: Jika saraf terdedah, sakit hanya akan bertambah buruk tanpa rawatan.
Jika sakit gigi anda berterusan lebih daripada 1-2 hari, semakin teruk, atau disertai bengkak, demam, atau nanah, sebaiknya dapatkan rawatan doktor gigi untuk mengelakkan komplikasi.