Jenama Penjagaan Peribadi Halal Pertama di Malaysia

Ditubuhkan pada 1978, Zaitun adalah jenama penjagaan peribadi & harian halal pertama di Malaysia. Pengasas Zaitun, Dato’ Seri Dr. Haji Eusoff Teh – seorang ahli farmasi dan ahli kimia – mengemukakan satu persoalan penting:
“Jika makanan kita perlu halal, bukankah produk harian seperti kosmetik dan barangan mandian juga patut halal?”

Meneruskan Legasi Lebih 40 Tahun

Dato’ Seri Mohd. Kamal Teh dan anaknya, En. Nizam Teh mempunyai pemahaman yang mendalam tentang legasi dan impak Zaitun. Oleh itu, mereka mengambil keputusan untuk meneruskan dan memajukan perniagaan tersebut. Sebagai anak dan cucu kepada pengasas Zaitun, misi mereka adalah untuk:
“Menawarkan produk penjagaan diri dan harian halal pada harga yang berpatutan untuk semua isi rumah di Malaysia.”
Asset 5
ubat-gigi-pemutih-halal-zaitun

“Halal Ke Tak?”

… adalah soalan yang warga Muslim di Malaysia sering tertanya-tanya. Di Zaitun, kami faham betapa pentingnya persoalan tersebut. Itulah sebabnya semua produk kami diiktiraf oleh JAKIM. Kami berjanji bahawa produk Zaitun diyakini halal:
“Gunakan Tanpa Was-Was”

Ubat Gigi Zaitun

Asset 5
Asset 4

Diakui Halal, Diluluskan Oleh KKM dan NPRA

Zaitun memastikan setiap produk memenuhi piawaian tertinggi dengan pengiktirafan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), serta kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Badan Regulatori Farmasi Negara (NPRA) untuk kegunaan harian yang selamat dan diyakini.

Berkualiti Tinggi, Harga Mampu Milik

Ubat gigi Zaitun diperbuat daripada bahan-bahan berkualiti tinggi yang mampu menghilangkan kotoran degil pada permukaan gigi dan mengekalkan kesegaran mulut dalam jangka masa panjang. Cubalah produk Zaitun sekarang dengan harga mampu milik untuk semua!

Sesuai Untuk Semua

Tidak kira anda dewasa atau kanak-kanak; sama ada anda mencari ubat gigi untuk kuatkan gusi, putihkan gigi, atau untuk mulut berbau; Zaitun ada segalanya! Untuk lebih menjimatkan, kami menawarkan pek berbaloi seperti pek nilai dan pek keluarga.

Boleh Didapati di Kedai Berhampiran Anda

Bagi mereka yang tertanya-tanya “Kat mana nak beli ubat gigi Zaitun?”: Ubat gigi Zaitun kini boleh didapati di kedai runcit dan pasar di seluruh Semenanjung Malaysia, termasuk di Hero Market, NSK Trade City, Segi Fresh, dan lebih lagi! Anda juga boleh beli secara dalam talian di Shopee, Lazada, dan Tik Tok Shop.

Kenali Lebih Banyak Lagi Produk Ubat Gigi Zaitun

Ingin Menjadi Rakan Niaga?

Sama ada untuk majlis atau pembelian pukal, hubungi kami untuk ketahui lebih lanjut.