Legakan Ketidakselesaan: Cara Berkesan untuk Hilangkan Gusi Bengkak

Isi Kandungan

Gusi bengkak adalah masalah pergigian yang boleh menyebabkan ketidakselesaan dan kesakitan yang ketara. 

Namun begitu, terdapat beberapa cara yang berkesan untuk melegakan ketidakselesaan ini dan menghalang ianya daripada berlanjutan. 

Dalam artikel ini, kami akan meneroka punca, gejala, dan jenis ubat gigi di pasaran yang boleh melegakan gusi bengkak anda.

Sama ada anda menghadapi kerengsaan kecil atau masalah pergigian yang lebih serius, petua mudah ini boleh membantu melegakan gusi bengkak anda.

Apa itu Gusi Bengkak?

Gusi bengkak adalah simtom biasa yang berpunca daripada penyakit gusi ataupun jangkitan penyakit. Antara tanda-tanda gusi bengkak termasuklah perubahan warna gusi kepada kemerah-merahan atau kebiruan akibat peningkatan pengaliran darah serta gusi yang kelihatan licin atau berkilat.

Sesetengah individu yang mengalami gusi bengkak kemungkinan besar juga akan mempunyai gusi yang senang berdarah semasa memberus gigi. 

Walau bagaimanapun, terdapat juga sebab lain yang boleh mengakibatkan masalah gusi bengkak ini.

Sebab-Sebab Gusi Bengkak

Ciri-ciri gusi bengkak seperti kemerah-merahan dan pendarahan boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Berikut adalah beberapa punca biasanya:

1. Sisa makanan tersekat dicelah gigi

Selain daripada berpunca daripada kurangnya penjagaan kesihatan mulut atau masalah penyakit lain, gusi bengkak juga boleh disebabkan oleh sisa makanan yang terperangkap di celah-celah gigi.

Sebagai contoh, kepingan kulit keras daripada bertih jagung kadang kala boleh tersangkut pada celah-celah gigi dan ini memudahkan keradangan di kawasan tersebut.

2. Gingivitis

Gingivitis adalah tindak balas keradangan badan anda terhadap plak dan karang gigi. Apabila masalah plak dan karang gigi dibiarkan terlalu lama, iritasi pada gusi akan berlaku sehingga menyebabkan gusi bengkak.

Walaupun ia merupakan salah satu keadaan biasa penyebab gusi bengkak, pemeriksaan oleh doktor gigi adalah penting supaya masalah kesihatan gigi ini tidak berlanjutan sehingga menyebabkan komplikasi lain.

3. Sebab-sebab lain

  • Kehamilan
    Perubahan ketara dalam hormon wanita hamil juga boleh menyebabkan gusi menjadi bengkak. Perubahan hormon membawa kepada peningkatan aliran darah pada gusi, sekaligus boleh menyebabkan gusi bengkak walaupun ibu hamil tersebut mempunyai penjagaan kesihatan mulut yang baik.
  • Jangkitan penyakit
    Jangkitan penyakit kronik seperti herpes dan komplikasi lain seperti gigi bernanah boleh menyebabkan komplikasi yang menyebabkan gusi bengkak.
  • Lain-lain
    Sensitiviti terhadap ramuan produk pergigian seperti ubat gigi atau ubat kumur turut merupakan salah satu penyebab gigi bengkak. Tambahan pula, pemakaian gigi palsu, mahkota gigi, atau pendakap gigi yang tidak sesuai juga boleh menyebabkan gusi bengkak.
@zaitun.official Fungsi Zaitun ubat gigi aloe vera ✅ Perlingdungan & penjagaan gusi ✅ Membantu melegakan sakit gusi ✅ Membantu menguatkan enamel gigi ✅Membantu mengyegarkan nafas ✅ Sesuai untuk gusi & gigi sensitif Dapatkan di live sekarang ! #fyp #zaitun #gunakantanpawaswas #ubatgigizaitun ♬ original sound - Zaitun Industry

Cara Merawat dan Menghilangkan Sakit Gusi Bengkak di Rumah

Masalah sakit gusi bengkak yang berterusan harus diperiksa oleh doktor gigi untuk mengelakkan komplikasi lain yang lebih serius.

Namun, untuk kelegaan sementara, anda boleh mencuba beberapa petua ini untuk membantu melegakan keradangan gusi anda. Ini termasuk:

1. Berkumur dengan air garam

Menurut sebuah jurnal artikel, sifat anti-radang air garam boleh membantu melegakan gusi yang bengkak, meradang, dan bertindak sebagai ubat tahan sakit semula jadi.

Anda boleh menyediakan kumur ini di rumah dengan mencampurkan 1 sudu teh garam dengan segelas air suam dan membilas gusi dengan kumuran tersebut 2 kali sehari.

2. Gunakan jeram sejuk

Salah satu cara terbaik untuk melegakan gusi yang sakit dan bengkak adalah dengan menggunakan jeram sejuk dengan pek ais atau sayur-sayuran beku pada kawasan yang sakit.

Suhu yang sejuk tersebut membantu mengebaskan mulut anda dan melegakan sedikit kesakitan gigi bengkak.

3. Amalkan tabiat pemakanan sihat

Anda juga boleh membaiki pemakanan anda dengan mengamalkan kekerapan makan buah-buahan serta sayur-sayuran.

Elakkan makanan dan minuman yang boleh mengakibatkan radang gusi buat seketika sementara dalam proses penyembuhan. Sebagai contoh:

  • Minuman berkafein dan minuman berkarbonat
  • Makanan berasid seperti tomato dan buah-buahan masam (citrus)
  • Makanan yang berpotensi mengguris gusi seperti kerepek dan kacang
  • Makanan pedas

Walaupun petua-petua ini boleh membantu menyelesaikan sementara bengkak gusi, ia bukanlah pengganti untuk diagnosis dan rawatan daripada profesional kesihatan.

Ubat Gigi Zaitun Kini di Hujung Jari Anda!

Ingin cuba ubat gigi Zaitun? Kini lebih mudah! Kami menawarkan penghantaran ke seluruh Malaysia.

Kesihatan Oral Penting Untuk Mencegah Gusi Bengkak

Terdapat beberapa langkah pencegahan yang boleh anda ambil untuk mengelakkan gusi bengkak, termasuk mengekalkan penjagaan mulut yang baik serta produk gigi yang sesuai.

1. Penjagaan kesihatan mulut

Tabiat memberus gigi dan flos dengan kerap, sekurang-kurangnya dua kali sehari penting bagi mengurangkan risiko gingivitis serta masalah gusi bengkak.

Lawatan ke klinik gigi setiap 6 bulan untuk pembersihan gigi juga dapat membantu anda mencegah plak dan membincang masalah gigi lain yang anda mungkin ada.

Anda juga boleh berbincang dengan doktor gigi tentang jenis ubat kumur dan ubat gigi yang boleh membantu kesihatan gusi.

2. Jenis ubat gigi

Sesetengah jenis ubat gigi mengandungi bahan-bahan yang boleh membantu meningkatkan kesihatan mulut dengan mengurangkan sensitiviti gigi, melegakan keradangan gusi, mengurangkan pembentukan karang gigi atau mencegah hakisan enamel.

Kebanyakan institusi pergigian serta jurnal artikel mengesyorkan kandungan ubat gigi yang diperbuat dengan fluorida dan bebas daripada gula ataupun perisa, untuk membantu mengurangkan gusi sensitif.

Tambahan pula, kajian juga menunjukkan bahawa ubat gigi aloe vera membantu mengurangkan keradangan, melindungi gusi, dan menyegarkan nafas dengan mengawal bakteria berbahaya.

@zaitun.official Mana satu ubat gigi Zaitun yg sesuai untuk masalah gusi/gigi anda ? #fyp #zaitun #gunakantanpawaswas #ubatgigizaitun ♬ original sound - Zaitun Industry

Legakan Gusi Anda Hari Ini!

Cara merawat gusi anda bukan setakat mengikuti petua mudah di rumah sahaja tetapi dengan mengamalkan rutin kebersihan mulut yang baik juga bagi mencegah sebarang komplikasi pada masa depan.

Di Zaitun, perniagaan kami yang berdedikasi menyumbang kepada pertubuhan dan kemajuan masyarakat Islam di Malaysia, kini mengutamakan kesihatan gigi anda dengan penjualan ubat gigi halal khas untuk mengatasi masalah pergigian.

Dapatkan ubat gigi Zaitun di kedai-kedai runcit berdekatan atau melalui platform pembelian atas talian seperti Shopee, Lazada, Tiktok, laman sesawang Zaitun, ataupun secara fizikal di lokasi-lokasi runcit tertera.

Jangan tunda lagi. Mulai kebiasaan menggosok gigi yang lebih baik hari ini.

Hubungi kami untuk maklumat lanjut.

Maklumat yang terkandung dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan dan maklumat umum sahaja. Artikel ini tidak bertujuan menggantikan nasihat, diagnosis, dan rawatan perubatan profesional. Sentiasa rujuk kepada doktor gigi atau pakar kesihatan anda sebelum memulakan sebarang rutin penjagaan gigi baharu, atau jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai kesihatan mulut anda.

Jadilah Rakan Niaga Zaitun

Ingin bekerjasama dengan Zaitun dan dapatkan produk berkualiti tinggi kami? Hubungi kami untuk ketahui lebih lanjut!

Soalan Lazim

1. Berapa lamakah tempoh pemulihan untuk gusi bengkak?

Dalam kebanyakan kes, gusi bengkak akan hilang selepas 1 atau 2 hari. Jika anda mempunyai zarah makanan yang tersekat pada gigi anda, atau telah menggunakan ubat kumur yang merengsakan gusi anda, bengkak tersebut tidak akan bertahan lama.

Walau bagaimanapun, jika gusi bengkak berlangsung lebih lama daripada 1 atau 2 hari, ia mungkin menunjukkan masalah yang lebih serius seperti gingivitis, periodontitis atau gigi abses.

2. Apakah cara paling berkesan untuk merawat jangkitan gusi?

Cara paling berkesan untuk merawat gusi bengkak bergantung kepada punca asasnya. Anda juga boleh mengamalkan petua-petua seperti berkumur dengan air garam dan menggunakan terapi sejuk untuk melegakan bengkak gusi di rumah.

Cara-cara melegakan gusi bengkak di rumah memang berkesan tetapi bagi jangka masa yang pendek. Bagi memastikan keberkesanan kebersihan mulut untuk mengelakkan gusi bengkak, tabiat menjaga kesihatan mulut yang betul amat penting.

Doktor gigi anda mungkin akan mengesyorkan pembersihan gigi profesional atau rawatan lain untuk menangani punca gusi bengkak anda.

3. Adakah gusi bengkak akan sembuh dengan sendirinya?

Ya, gusi bengkak boleh hilang dengan sendiri tanpa rawatan tetapi hal ini tidak tertakluk kepada semua puncanya. Dalam sesetengah kes, bengkak boleh menjadi lebih baik dengan sendirinya. Sebagai contoh, jika anda mempunyai sekeping makanan yang tersekat dalam gusi anda, bengkak akan hilang sebaik sahaja anda mengeluarkan zarah makanan. Tetapi jika penyakit gusi menyebabkan gusi bengkak, anda mungkin memerlukan rawatan.

Teruskan Pembacaan