Atasi Ngilu dengan Ubat Gigi Untuk Gigi Sensitif Terbaik

Isi Kandungan

Gigi sensitif merupakan salah satu isu yang paling biasa dihadapi oleh kebanyakan orang. Malah, menurut kajian daripada Kantar pada tahun 2021, sebanyak 71% orang dewasa di Malaysia menghadapi masalah gigi ini.

Gigi sensitif berlaku apabila lapisan dalaman gigi terdedah, sehingga menimbulkan ketidakselesaan kepada rangsangan panas atau sejuk di dalam mulut.

Kajian berikut mengunggah keperluan kritikal pengguna Malaysia untuk mendapatkan rawatan kesihatan mulut yang lebih baik, terutamanya dalam pemilihan ubat gigi yang sesuai untuk membantu mengatasi masalah gigi sensitif.

Pemilihan ubat gigi yang tepat merupakan langkah pertama kepada penjagaan kesihatan gigi dan mulut yang baik.

Memilih ubat gigi terbaik untuk gigi sensitif

Gigi sensitif boleh menjadi gangguan kepada kehidupan seharian anda terutamanya ketika menikmati makanan atau minuman panas, sejuk, manis, atau masam.

Oleh itu, pemilihan ubat gigi yang tepat sangat penting untuk mengatasi masalah ini.

Bagaimanakah ubat gigi berbeza menyasarkan punca sensitiviti yang berbeza?

Ubat gigi yang dirumus khas untuk gigi sensitif biasanya mengandungi bahan-bahan aktif yang bertindak dengan cara yang berbeza:

  • Membentuk penghalang di lapisan gigi
    Bahan seperti kalsium nitrat dan strontium klorida membantu membentuk lapisan pelindung pada dentin tubules (saluran kecil pada gigi yang mengandungi saraf) anda untuk mengurangkan sensitiviti terhadap rangsangan luar.
  • Menguatkan enamel
    Fluorida membantu menguatkan enamel gigi, lapisan luar gigi yang keras, sehingga mengurangi risiko terdedahnya dentin.
  • Mengurangkan keradangan
    Beberapa ubat gigi juga mengandungi bahan anti-inflamasi yang dapat membantu mengurangkan keradangan pada gusi, yang mungkin menjadi penyebab sensitiviti.

Bahan Lain yang Perlu Berkesan dalam Ubat Gigi

Selain kalsium nitrat dan fluorida, bahan lain yang bermanfaat untuk gigi sensitif termasuk:

  • Arginine: Asid amino ini membantu memperbaiki enamel dan mengurangi sensitiviti.
  • Xylitol: Pemanis semula jadi ini dapat membantu mencegah pertumbuhan bakteria penyebab plak dan karies.
@zaitun.official Mana satu ubat gigi Zaitun yg sesuai untuk masalah gusi/gigi anda ? #fyp #zaitun #gunakantanpawaswas #ubatgigizaitun ♬ original sound - Zaitun Industry

Tips Rawatan Gigi Sensitif

Terdapat banyak cara untuk mengatasi sensitiviti gigi selain menggunakan ubat gigi sensitif. Berikut adalah beberapa tips yang anda boleh cuba:

1. Rawatan di Rumah

  • Pilih ubat gigi yang sesuai untuk gigi sensitif anda
    Cari ubat gigi yang diformulasikan khusus untuk gigi sensitif seperti kalsium nitrat dan strontium klorida.
  • Teknik pemberusan yang betul
    Gunakan berus gigi berbulu lembut dan berus dengan gerakan lembut untuk mengelakkan tekanan yang berlebihan.
  • Elakkan makanan dan minuman berasid
    Makanan dan minuman berasid seperti seperti jus buah-buahan, soda, dan kopi boleh mengakibatkan gigi sensitif.

Namun begitu, jika anda makan makanan ini, adalah penting untuk diingat untuk berkumur dengan air selepas itu.

2. Lawati Doktor Gigi

Meskipun rawatan untuk gigi sensitif di rumah dapat membantu anda buat seketika, masalah gigi sensitif yang berterusan perlu ditangani segera.

Oleh itu, lawatan ke klinik doktor gigi untuk mendapat diagnosis yang tepat boleh membantu anda mengenal pasti punca sensitiviti dan memberikan rawatan yang sesuai.

Ubat Gigi Terbaik Untuk Gigi Sensitif

1. Zaitun

Ubat Gigi Aloe Vera Perlindungan Gusi Herba Zaitun mengandungi bahan aktif ekstrak Aloe Barbadensis untuk memberi ketenangan dan membantu memberi keselesaan gusi pada pengguna.

Ia juga mengandungi fluorida yang membantu menguatkan dan menggalakkan proses re-mineralisasi gigi.

Bebas daripada kandungan gula, parabens, dan bahan kimia berbahaya, Ubat Gigi Aloe Vera Zaitun adalah sesuai untuk penggunaan rutin pengguna yang mengalami masalah gigi sensitif.

Baca Artikel Seterusnya: Apakah Ubat Gigi Terbaik untuk Pemakai Braces

Ubat Gigi Zaitun Sesuai Untuk Seisi Keluarga!

Ubat gigi Zaitun halal digunakan dan sesuai untuk semua peringkat umur. Sama ada anda ingin kuatkan gusi, putihkan gigi, atau menyegarkan nafas, Zaitun pilihan terbaik anda!

Alami Keselesaan Makan Minum Tanpa Gigi Sensitif!

Berikan lindungan lapisan enamel anda yang sepatutnya dengan pemilihan ubat gigi yang sesuai dan berkesan untuk anda. Nikmati keseronokan menjamu selera tanpa rasa ngilu!

Di Zaitun, kami menghasilkan ubat gigi halal yang efektif menghilangkan sensitiviti pada gigi bagi segenap lapisan masyarakat tanpa ragu-ragu!

Dapatkan ubat gigi Zaitun di kedai-kedai runcit berdekatan atau melalui platform pembelian atas talian seperti Shopee, Lazada, Tiktok, laman sesawang Zaitun, ataupun secara fizikal di lokasi-lokasi runcit tertera.

Mulakan langkah pertama untuk gigi yang lebih sihat dengan Zaitun!

Hubungi kami untuk maklumat lanjut.

Maklumat yang terkandung dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan dan maklumat umum sahaja. Artikel ini tidak bertujuan menggantikan nasihat, diagnosis, dan rawatan perubatan profesional. Sentiasa rujuk kepada doktor gigi atau pakar kesihatan anda sebelum memulakan sebarang rutin penjagaan gigi baharu, atau jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai kesihatan mulut anda.

Soalan Lazim

Bagaimana cara memberus gigi dengan betul untuk mengelakkan sensitiviti?

Memberus gigi dengan teknik yang tepat sangat penting untuk menjaga kesihatan gigi dan mulut, termasuklah dalam pencegahan masalah gigi sensitif.

Berikut adalah beberapa tips yang anda boleh ikuti:

  • Pilih berus gigi yang berbulu lembut untuk mengurangkan penggoresan pada permukaan enamel gigi anda.
  • Anda juga sepatutnya menggantikan berus gigi anda setiap 3-4 bulan atau jika bulunya rosak.
  • Bagi pengguna yang mempunyai gigi sensitif, pastikan anda menggunakan ubat gigi yang diformulasikan khusus untuk gigi sensitif.
  • Posisikan berus gigi anda pada sudut 45 darjah ketika proses pemberusan gigi.
  • Pastikan anda memberus dalam putaran kecil dan lembut pada setiap gigi.

Berapa kerap saya perlu berjumpa doktor gigi jika mempunyai gigi sensitif?

Kekerapan kunjungan ke klinik doktor gigi jika anda mempunyai masalah gigi sensitif bergantung kepada beberapa faktor seperti tahap sensitiviti, penyebab gigi sensitif, dan juga tindak balas gigi anda terhadap perawatan tersebut.

Secara umum, anda disarankan mengunjungi doktor gigi anda sekurang-kurangnya 6 bulan sekali untuk pemeriksaan rutin terutamanya jika anda mempunyai masalah gigi sensitif.

Bolehkah saya menggunakan ubat gigi pemutih gigi dengan kerap jika mempunyai gigi sensitif?

Ubat gigi pemutih biasanya mengandung bahan abrasif yang dapat mengikis enamel gigi anda dan kikisan ini boleh menyebabkan dentin anda terdedah kepada rangsangan panas, dingin, manis, atau masam.

Selagi ubat gigi pemutih gigi dilabelkan untuk kegunaan harian, anda boleh menggunakannya setiap hari.

Namun, ini tertakluk kepada individu yang mempunyai masalah gusi, gigi sensitif atau sensitiviti terhadap kandungan hydrogen peroksida. Oleh itu pilihan ubat gigi pemutih gigi yang tepat diperlukan supaya masalah kesihatan gigi yang lain tidak wujud.

Ubat Gigi untuk Anda!

Teruskan Pembacaan