Tahukah anda, setiap hari kita menggosok gigi tetapi adakah selama ini cara yang kita amalkan sebenarnya adalah betul? Ramai juga yang tidak tahu kaedah yang betul dan hanya menggosok dengan sekadar memenuhi syarat sahaja.
Cara menggosok gigi yang salah perlu dielakkan kerana boleh mengakibatkan pelbagai kesan buruk seperti gigi tidak bersih dengan sempurna, pembentukan plak pada gigi, dan kerosakan gigi dan gusi.
Oleh hal yang demikian, menggosok gigi dengan betul merupakan tanggungjawab yang anda perlu pelajari demi kesihatan mulut secara menyeluruh. Kesihatan mulut yang merosot boleh menjejaskan keyakinan diri untuk berinteraksi dengan orang lain.
Jika anda masih tidak pasti teknik menggosok gigi yang betul, jom ikuti beberapa langkah di bawah seperti cara menggosok gigi secara umum, kaedah terbaik menggosok gigi, serta kebaikan dan keburukan menggosok gigi pada waktu sebelum dan selepas makan.
Cara Umum Menggosok Gigi
Menggosok gigi merupakan tunjang kesihatan mulut. Salah satu amalan penting penjagaan mulut, namun sering dipandang ringan oleh orang ramai adalah cara memberus gigi dengan betul.
Sememangnya kita menggosok gigi secara harian, tetapi masih tidak sedar bahawa cara yang dilakukan adalah berkemungkinan salah dan tidak mengikut saranan yang betul.
Lebih mengejutkan apabila ramai dalam kalangan kita yang melalukan kesalahan semasa menggosok gigi. Antara kesalahan umum:
- Menggosok gigi terlalu kuat sehingga merosakkan gusi
- Menggosok gigi dalam tempoh masa yang singkat
- Menggunakan teknik menggosok gigi yang salah.
Berikut ialah cara-cara umum menggosok gigi dengan betul, iaitu menggosok pada sudut 45 darjah, menggosok dengan gerakan membulat, dan menggosok gigi mengunyah dan permukaan dalaman gigi supaya gigi dapat bersih dengan sempurna daripada plak gigi dan gusi lebih sihat!
1. Menggosok Gigi secara Condong pada Sudut 45 Darjah
Cara menggosok gigi pada sudut 45 darjah:
- Pastikan kedudukan berus gigi condong dan berada pada sudut 45 darjah yang mengena dengan gigi dan garis gusi.
- Tekan berus gigi dengan lembut pada setiap gigi selama 3 hingga 5 saat untuk memastikan bulu berus gigi meliputi seluruh permukaan gigi.
Kedudukan berus gigi pada sudut 45 darjah penting untuk membuang plak kotoran pada lapisan gusi.
2. Memflos Gigi dengan Teknik yang Betul
Walaupun kita sudah memberus gigi setiap hari, sebenarnya kita juga digalakkan menggunakan flos gigi pada masa yang sama. Ini kerana terdapat sisa makanan yang tidak dapat dibersihkan oleh berus gigi biasa.
Penggunaan flos dapat membersihkan dan membuang sisa makanan yang terperangkap di celah gigi untuk membasmi bakteria di dalam mulut. Apabila gigi anda telah bersih daripada sisa makanan, risiko untuk mendapat gigi berlubang berkurang.
Cara menggunakan flos dengan betul:
- Putuskan benang flos kira-kira 18 hingga 24 inci. Lilitkan sebahagian besar flos di sekitar jari tengah anda. Biarkan kira-kira beberapa inci di bahagian gigi.
- Masukkan flos di antara dua batang gigi. Gerakkan flos perlahan-lahan ke atas dan ke bawah, gosokkan pada kedua-dua sisi setiap gigi. Elakkan menggeser flos kerana boleh menyebabkan sakit pada gusi anda.
- Apabila flos sampai ke bahagian gusi, bengkokkan flos di pangkal gigi membentuk huruf C agar flos masuk ke ruang antara gusi dan gigi anda.
- Ulangi langkah ini untuk setiap gigi. Gunakan bahagian flos yang bersih untuk setiap batang gigi.
3. Menggosok Lidah
Selain gigi anda, lidah anda turut mempunyai berjuta bakteria yang menyebabkan bau mulut dan juga masalah kesihatan mulut yang lain. Alat yang mudah untuk menggosok lidah ialah berus gigi lembut atau berus lidah.
Cara menggosok lidah dengan betul:
- Menggosok bermula dari belakang sehingga ke depan lidah.
- Pastikan tekanan menggosok lidah adalah lembut untuk mengelakkan kerengsaan.
- Menggunakan sedikit ubat gigi untuk membuang punca bau busuk pada lidah.
4. Menggosok Gigi Mengunyah dan Permukaan Dalaman Gigi
Gigi mengunyah memerlukan penggosokan secara teliti. Ini kerana permukaan mengunyah memerangkap lebih banyak sisa makanan dan bakteria.
Cara menggosok gigi mengunyah dan permukaan dalaman gigi:
- Menggosok permukaan gigi yang sukar dicapai, terutamanya gigi geraham belakang.
- Berus secara gerakan membulat pada permukaan gigi dan diikuti pada bahagian belakang gigi geraham dengan tekanan yang sangat lembut.
- Ulangi langkah-langkah memberus gigi sebanyak 2 kali sehari untuk pembersihan gigi yang optimum, terutamanya selepas waktu makan.
Pilih jenis ubat gigi khusus untuk keperluan anda! Baca selanjutnya tentang panduan lengkap penggunaan ubat gigi yang sesuai
Kaedah Terbaik dan Berkesan untuk Menggosok Gigi
1. Kaedah Modified Bass atau Sucular
Kaedah ini sangat berkesan untuk menyingkirkan biofilem, iaitu sekumpulan bakteria yang melekat pada gigi. Kaedah Bass ini juga efektif mengelakkan penyakit gusi dan mencegah gigi berlubang.
Cara mengikuti kaedah Modified Bass:
- Pastikan kedudukan berus gigi pada sudut 45 darjah ke arah lapisan gusi
- Berus secara mendatar dengan melalukan gerakan pendek dan berulang-ulang
- Fokus pada satu gigi pada satu masa, kemudian berus pada kawasan gigi yang melibatkan permukaan luar, dalam, dan kawasan mengunyah.
2. Kaedah Stillman
Kaedah ini ada persamaan dengan kaedah Bass, iaitu kedudukan berus gigi pada sudut 45 darjah, namun kaedah ini lebih cenderung untuk memberikan urutan kepada gusi pada masa yang sama.
Cara mengikuti kaedah Stillman:
- Pastikan kedudukan berus gigi pada sudut 45 darjah ke arah bahagian gigi dan gusi
- Pastikan sebahagian berus gigi berada pada permukaan gusi manakala sebahagian lagi berada pada permukaan gigi
- Berus secara mendatar, dengan sedikit gerakan bergetar (vibrasi), untuk menghilangkan plak gigi
- Fokuskan berus gigi pada kawasan gigi yang kecil, kemudian beralih ke kawasan gigi yang lain
3. Kaedah Charter
Kaedah ini disarakan untuk individu yang mempunyai jarak di antara gigi atau pernah menjalani pembedahan periodontik, mengalami gusi menyusut, dan akar gigi yang terdedah. Kaedah Charter ini juga sesuai untuk pemakai pendakap gigi (braces).
Cara mengikuti Kaedah Charter:
- Pastikan kedudukan berus gigi pada sudut 45 darjah ke arah bahagian gigi dan bukan lapisan gusi.
- Tekan berus gigi secara lembut secara membulat sebanyak 15 hingga 20 kali.
Teruskan pembacaan lanjut mengenai pentingnya pembersihan plak gigi untuk elak keadaan gigi merosot
Ubat Gigi Zaitun Sesuai Untuk Seisi Keluarga!
Menggosok Gigi mengikut Kaedah 3-3-3
Apakah itu kaedah 3-3-3? Kaedah ini diamalkan secara meluas menerusi Kempen oleh Persatuan Dental Korea dan disyorkan sendiri oleh doktor gigi.
Kaedah 3-3-3 merupakan amalan menggosok gigi selama 3 minit, sebanyak 3 kali sehari, dan dalam masa 3 minit selepas makan. Oleh itu, kaedah ini menekankan waktu dan kekerapan menggosok gigi. Anda disarankan mengamalkan Kaedah 3-3-3 elepas makan makanan bergula.
Kebaikan Menggosok Gigi Sebelum dan Selepas Makan
Kita sering kali mendengar pelbagai tip menggosok gigi, antaranya perlu terus menggosok gigi selepas makan. Menurut kajian yang dijalankan oleh Columbia University, anda disarankan untuk menggosok gigi selepas 30 minit, terutamanya selepas makan makanan berasid.
Antara contoh makanan berasid adalah seperti buah, jus, dan gula-gula masam.
Ini adalah untuk membolehkan enamel gigi menjalani proses remineralisasi. Selain itu, minum air selepas makan sebelum menggosok gigi juga merupakan amalan yang baik.
Mengapa penting untuk menggosok gigi selepas makan? Setelah anda menikmati makanan yang bergula, bakteria yang menghasilkan asid boleh menyerang gigi anda dalam masa 20 minit selepas waktu makan. Sekiranya anda tidak menggosok gigi secara lazim, asid yang terhasil boleh menghakis enamel dan mengakibatkan kaviti gigi.
Bagaimana dengan menggosok gigi sebelum makan? Menurut American Dental Association, memberus gigi sebelum makan membantu membuang bakteria berbahaya, terutamanya pada waktu selepas bangun daripada tidur untuk meningkatkan rembesan air liur, dan bertindak sebagai perlindungan terhadap enamel gigi.
Doktor gigi juga mencadangkan bahawa memberus gigi pada waktu pagi dapat memberikan peringatan kepada seseorang untuk memberus gigi sekurangnya 2 kali sehari.
Gosok Jangan Tak Gosok! Demi Gigi yang Kuat
Secara umumnya, cara menggosok gigi dengan betul boleh menjamin kesihatan mulut secara menyeluruh.
Terdapat banyak kajian saintifik yang telah dikeluarkan untuk panduan orang ramai tentang cara menggosok gigi yang betul seperti yang telah diperbincangkan di atas iaitu kaedah Modified Bass, kaedah Sucular dan kaedah Charter.
Menggosok gigi dengan betul juga merupakan langkah awal dalam mencegah karies gigi dan penyakit gusi seperti gingivitis.
Kelalaian anda dalam menjaga kesihatan gigi mengakibatkan kesakitan, kesusahan untuk mengunyah makanan dan bercakap, tahap keyakinan diri yang rendah, masalah kehilangan gigi yang memerlukan pendekatan kaedah pembedahan.
Gunakanlah Ubat Gigi Zaitun tanpa was-was yang dirumus khas dengan bahan Halal untuk menggosok gigi anda secara berkesan dan membantu memperoleh gigi yang lebih sihat dan kuat.
Kini, Ubat Gigi Zaitun boleh didapati di kedai-kedai runcit yang berdekatan atau platform pembelian atas talian seperti Shopee, Lazada, Tiktok, laman sesawang Zaitun, ataupun secara fizikal di lokasi-lokasi runcit tertera.
Serlahkan kesihatan dan kekuatan gigi anda dengan Zaitun!
Hubungi kami untuk maklumat lanjut.
Maklumat yang terkandung dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan dan maklumat umum sahaja. Artikel ini tidak bertujuan menggantikan nasihat, diagnosis, dan rawatan perubatan profesional. Sentiasa rujuk kepada doktor gigi atau pakar kesihatan anda sebelum memulakan sebarang rutin penjagaan gigi baharu, atau jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai kesihatan mulut anda.
Jadilah Rakan Niaga Zaitun
Soalan Lazim
1. Saya Perlu Gosok Gigi Berapa Kali Sehari?
Menurut saranan daripada The American Dental Association (ADA), anda perlu menggosok gigi sebanyak 2 kali sehari, iaitu pada waktu pagi dan malam. Jangka masa memberus gigi hendaklah selama 2 minit untuk kebersihan mulut secara optimum. Barulah nafas lebih segar sepanjang hari!
2. Berapa Kerap Saya Perlu Menukar Berus Gigi?
Anda perlu mengganti berus gigi selepas menggunakannya lebih dari tempoh 3 bulan. Ini kerana berus bulu berus gigi mula kembang atau rosak tidak lagi membersih gigi dengan sempurna. Sekiranya anda jatuh sakit, anda juga harus menggantikan berus gigi setelah kembali sihat. Semasa anda sakit, berus gigi boleh mengumpul bakteria dan menyebarkannya.
3. Adakah Gusi Berdarah Normal Semasa Menggosok Gigi?
Tidak normal! Gusi sihat sepatutnya tidak berdarah ketika memberus gigi. Gusi berdarah adalah tanda awal penyakit gusi seperti gingivitis yang memerlukan lawatan ke doktor gigi dengan segera.
4. Apakah Jenis Berus Gigi Yang Sesuai?
Pemilihan berus gigi yang terbaik ialah berus gigi bulu lembut atau soft-brisled toothbrush untuk menyingkir plak gigi anda. Berus gigi dengan kepala yang kecil fleksibel juga penting untuk menggosok sudut permukaan gigi yang sukar dicapai, termasuk gigi geraham.
5. Apakah Petua Tambahan Selain Menggosok Gigi?
Untuk mendapatkan keadaan gigi yang lebih kuat dan sihat:
- Kurangkan makanan dan minuman bergula seboleh mungkin
- Berhenti merokok atau menggunakan produk tembakau
- Kawal pengambilan minuman beralkohol
- Memberus lidah untuk menyegarkan nafas
- Menggunakan ubat kumur mulut
- Menggunakan flos gigi untuk mencungkil sisa makanan yang tidak boleh dicapai dengan berus gigi biasa