Panduan Lengkap Penjagaan Gigi Menggunakan Ubat Gigi Yang Sesuai

Isi Kandungan

Tahukah anda, penjagaan gigi bukan sekadar lagu ‘bangun pagi’ dan gosok gigi saja. Ubat gigi pun main peranan penting kalau anda inginkan gigi sihat, gusi kuat, dan nafas yang segar!

Namun, dengan lambakan ubat gigi di pasaran, rambang mata juga kita nak buat pilihan.

Jangan pening-pening, jom kita semak panduan memilih ubat gigi yang sesuai dan pelajari tips menjaga kesihatan gigi yang betul bagi semua peringkat usia!

Tabiat-Tabiat Baik Untuk Kesihatan Gigi

Kesihatan gigi dan gusi jauh lebih penting daripada sekadar senyuman yang menawan. Ia memainkan peranan penting dalam segala aspek kehidupan kita, bermula daripada makanan yang kita nikmati sehinggalah cara kita berkomunikasi.

Penjagaan kesihatan mulut adalah pelaburan untuk kesejahteraan dan kebahagiaan kita. Oleh itu, tabiat-tabiat baik berikut untuk kesihatan gigi harus diamalkan senantiasa:

  • Berus gigi dua kali sehari
    Gunakan ubat gigi berfluorida dan berus gigi selama dua minit setiap kali pada waktu pagi dan sebelum tidur malam. Menurut sebuah artikel kesihatan, tempoh masa anda memberus gigi juga penting supaya plak dapat dibuang dalam proses tersebut.
  • Elakkan merokok
    Sayangnya, tiada rawatan pergigian yang dapat menghapuskan sepenuhnya kesan buruk merokok. Selain daripada merosakkan gusi dan gigi, serta menyebabkan bau mulut yang tidak enak, tabiat ini juga menyebabkan masalah kesihatan lain yang lebih serius.
  • Flos gigi setiap hari
    Tahukah anda, memberus gigi sahaja hanya boleh membersihkan sebanyak 20% mulut anda? Untuk memastikan kesihatan gigi anda pada tahap kerbersihan yang tinggi, flos memainkan peranan yang penting dalam memastikan celah-celah gigi yang tidak dapat dicapai oleh berus gigi turut dibersihkan.
  • Gunakan ubat kumur
    Ubat kumur antiseptik dapat membantu membunuh bakteria dalam mulut dan menyegarkan nafas.
  • Kunjungi doktor gigi secara berkala
    Pemeriksaan gigi secara berkala membantu mengesan masalah gigi pada peringkat awal.
  • Makan makanan yang sihat
    Kurangkan makanan manis dan makanan ringan untuk mengurangkan penghakisan enamel gigi disebabkan baketria.Di sebaliknya, amalkan makan banyak buah-buahan, sayur-sayuran, dan makanan yang kaya dengan kalsium – bukan diproses – kerana ia membantu merangsangkan pengerluaran air liur serta membersihkan mulut secara semula jadi dengan serat-seratnya.

    Contoh buah-buahan dan sayur-sayuran yang baik untuk kesihatan mulut adalah bayam, epal, lobak merah, brokoli, oren, dan strawberi.

  • Minum banyak air
    Air dapat membantu anda membersihkan mulut dengan mencegah bau mulut dan menghilangkan sisa makanan.

Karang gigi mengganggu anda? Ketahui cara berkesan mengatasi masalah karang gigi dengan Ubat Gigi Zaitun!

Tips Menjaga Kesihatan Gigi

Gigi yang sihat membolehkan kita makan dengan baik, bercakap dengan jelas, dan bersenyum dengan lebih yakin.

Jom kita lihat tips menjaga kesihatan gigi secara lebih mendalam, merangkumi pelbagai peringkat umur dan keperluan:

1. Bayi dan Kanak-Kanak

Sumber: Freepik
  • Bayi baru lahir
    Penjagaan gigi bermula sejak bayi dilahirkan. Selepas setiap kali menyusu atau makan, bersihkan gusi bayi dengan kain lembut yang lembap untuk menghilangkan sisa susu atau makanan yang boleh menyebabkan pertumbuhan bakteria.
  • Bayi yang mula tumbuh gigi
    Apabila gigi bayi mula tumbuh, gunakan berus gigi bayi yang lembut dan ubat gigi berfluorida sebesar biji kacang pea untuk membersihkan gigi mereka dua kali sehari.

    Berus gigi bayi dengan gerakan lembut dan pastikan semua permukaan gigi dibersihkan. Ibu bapa boleh perkenalkan flos gigi apabila gigi bayi mula bersentuhan antara satu sama lain.

  • Kanak-kanak
    Kanak-kanak memerlukan bantuan dan bimbingan yang rapi dalam menjaga kebersihan gigi mereka. Oleh itu, ibu bapa berperanan membantu mereka memberus gigi sehingga mereka benar-benar mahir melakukannya sendiri, biasanya sekitar usia 7 atau 8 tahun.

    Pastikan mereka mengamalkan tabiat-tabiat baik untuk kesihatan oral yang rapi.

2. Dewasa

cara-hilangkan-gigi-kuning
Sumber: Freepik
  • Bagi orang dewasa, penjagaan gigi yang konsisten adalah kunci utama. Berus gigi dua kali sehari, setiap kali selama dua minit, menggunakan ubat gigi berfluorida.
  • Teknik memberus yang betul adalah penting: pegang berus gigi pada sudut 45 darjah ke gusi dan berus dengan gerakan membulat kecil, meliputi semua permukaan gigi.
  • Flos gigi perlu digunakan setiap hari untuk membersihkan celah-celah gigi yang tidak dapat dicapai oleh berus gigi, di mana sisa makanan dan plak sering terkumpul.
  • Penggunaan ubat kumur antiseptik juga disarankan untuk membantu membunuh bakteria dalam mulut dan menyegarkan nafas.
  • Gula-gula getah tanpa gula boleh dikunyah selepas makan untuk membantu membersihkan mulut dan merangsang pengeluaran air liur, yang membantu meneutralkan asid dan melindungi gigi.

3. Pemakai Braces

Sumber: Freepik
  • Individu yang memakai braces memerlukan penjagaan gigi yang lebih teliti sebab berus gigi khas atau berus gigi elektrik digunakan untuk membersihkan gigi dengan berkesan.
  • Flos gigi khas untuk braces seperti interdental floss, atau benang gigi (threader), perlu digunakan untuk membersihkan celah-celah gigi di bawah wayar dan di sekeliling braket.
  • Pemakai braces juga perlu elakkan makan makanan yang keras, kenyal, atau melekit, kerana ia boleh merosakkan braces.

4. Warga Emas

Sumber: Freepik
  • Seiring dengan peningkatan usia, terdapat beberapa perubahan yang perlu diberi perhatian dalam penjagaan gigi warga emas. Pengeluaran air liur mungkin berkurang, menyebabkan mulut kering, yang boleh meningkatkan risiko kerosakan gigi dan masalah gusi.
  • Gusi juga mungkin menyusut, mendedahkan akar gigi yang lebih terdedah kepada kerosakan. Gigi warga emas juga mungkin lebih rapuh dan mudah patah. Oleh itu, warga emas harus memberus gigi dengan berus gigi yang lembut dan ubat gigi berfluorida.
  • Bagi celah-celah lebih besar akibat penyusutan gusi, flos gigi atau berus interdental boleh digunakan untuk pembersihan. Kunjungan berkala ke doktor gigi adalah amat penting untuk pemeriksaan dan penjagaan khas yang disesuaikan dengan keperluan warga emas.

5. Pemakai Gigi Palsu

Sumber: Freepik
  • Bagi pemakai gigi palsu, anda harus membersihkan gigi palsu setiap hari dengan berus gigi khas dan sabun lembut atau pembersih gigi palsu.
  • Rendam gigi palsu anda dalam larutan pembersih gigi palsu setiap malam untuk membantu membunuh bakteria dan mencegah pembentukan plak.
  • Tanggalkan gigi palsu anda sebelum tidur untuk membiarkan gusi berehat dan mengelakkan masalah gusi.
  • Penjagaan mulut yang baik tetap penting walaupun untuk pemakai gigi palsu. Berus gigi dan gusi dengan lembut setiap hari untuk menghilangkan plak dan merangsang peredaran darah.
  • Anda juga perlu mengunjungi doktor gigi secara berkala untuk pemeriksaan dan penyesuaian gigi palsu bagi memastikan keselesaan dan fungsi yang optimum.

Inginkan Gigi Putih Berseri? Teruskan pembacaan anda di sini: Panduan Lengkap dan Rekomendasi Terbaik untuk Putihkan Gigi!

Ubat Gigi Zaitun Sesuai Untuk Seisi Keluarga!

Ubat gigi Zaitun halal digunakan dan sesuai untuk semua peringkat umur. Sama ada anda ingin kuatkan gusi, putihkan gigi, atau menyegarkan nafas, Zaitun pilihan terbaik anda!

Ciri- Ciri Ubat Gigi Terbaik untuk Kesihatan Oral yang Menyeluruh

Sebelum membuat pembelian, kenal pasti dahulu masalah mulut dan keperluan khusus anda. Ada gigi sensitif? Gusi berdarah? Gigi kuning? Mulut berbau?

Setiap masalah ada penyelesaiannya dengan ubat gigi yang sesuai!

1. Ubat Gigi yang Disyorkan Doktor Gigi

Nak gigi sihat? Gunalah ubat gigi yang disyorkan oleh doktor gigi. Confirm berkesan dan selamat!

Hal ini disebabkan, ubat gigi yang disyorkan oleh doktor gigi terbukti berkesan dan selamat untuk kegunaan harian anda.

2. Mengandungi Xylitol

Kanak-kanak lebih terdedah kepada masalah gigi berlubang atau kaviti disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya adalah apabila mereka sering makan makanan ringan, kurang memberus gigi dengan betul, dan enamel gigi mereka masih dalam peringkat pertumbuhan.

Oleh sebab itu, memilih ubat gigi yang sesuai untuk kanak-kanak adalah sama pentingnya dengan memilih ubat gigi untuk orang dewasa.

Ubat gigi yang mengandungi xylitol, sejenis gula semula jadi, sangat bermanfaat untuk gigi kanak-kanak kerana berfungsi mencegah pembiakan bakteria dan juga mengurangkan risiko sakit gigi.

kids strawberry

Jom jadikan berus gigi dengan Zaitun masa yang paling best untuk anak-anak dengan Ubat Gigi Kanak-Kanak Zaitun berperisa Strawberi!

Diperkaya dengan bahan semula jadi xylitol, perisa strawberi dan pudina untuk nafas menyegarkan, serta kandungan silika untuk membersihkan gigi dengan lembut dan selamat, ubat gigi ini khas direka untuk anak-anak anda yang fussy.

3. Mengandungi Pirofosfat

Kandungan fluorida dalam ubat gigi memang terkenal untuk membersihkan gigi tanpa menyebabkan pengikisan lapisan enamel, tetapi tahukah anda satu lagi bahan penting dalam ubat gigi?

Pirofosfat, ia membantu menghilangkan plak! Selain berfungsi menghilangkan plak, bahan aktif ini turut mengekalkan pH yang seimbang dalam mulut anda.

Rasai kesegaran semula jadi dengan Ubat Gigi Pudina Tambahan Zaitun! Diperkaya dengan minyak pudina dan juga pirofosfat, ubat gigi kami membantu anda mengatasi masalah plak, kaviti, dan juga nafas berbau.

Bebas daripada bahan kimia berbahaya, ia adalah pilihan ideal untuk menjaga kesihatan mulut anda seisi keluarga!

Kesimpulan

Menjaga kesihatan gigi dan mulut adalah tanggungjawab sepanjang hayat. Dengan mengamalkan tabiat baik dan mendapatkan penjagaan profesional yang diperlukan, kita dapat menikmati gigi yang sihat dan senyuman yang menawan pada setiap peringkat umur.

Dengan komitmen terhadap kualiti dan produk halal serta bersih untuk semua pengguna, kami di Zaitun berdedikasi menjadi sebahagian daripada rutin harian anda dan menjamin kesihatan mulut anda yang baik.

Dapatkan ubat gigi Zaitun sekarang melalui platform pembelian atas talian seperti Shopee, Lazada, Tiktok, ataupun secara fizikal di lokasi-lokasi runcit yang tertera.

Maklumat yang terkandung dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan dan maklumat umum sahaja. Artikel ini tidak bertujuan menggantikan nasihat, diagnosis, dan rawatan perubatan profesional. Sentiasa rujuk kepada doktor gigi atau pakar kesihatan anda sebelum memulakan sebarang rutin penjagaan gigi baharu, atau jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai kesihatan mulut anda.

Jadilah Rakan Niaga Zaitun

Ingin bekerjasama dengan Zaitun dan dapatkan produk berkualiti tinggi kami? Hubungi kami untuk ketahui lebih lanjut!

Soalan Lazim

1. Apakah kesihatan oral lain yang harus dielak?

Selain tabiat buruk seperti pemakanan yang tidak seimbang dan penjagaan kesihatan gigi yang tidak baik, kesihatan oral lain yang harus dielak adalah:

  • Berkongsi Berus Gigi
    Berus gigi adalah alat peribadi dan tidak sepatutnya dikongsi dengan orang lain. Berkongsi berus gigi boleh menyebarkan bakteria dan kuman dari mulut seseorang ke mulut orang lain, sekaligus meningkatkan risiko jangkitan dan masalah gigi seperti pereputan gigi.
  • Simpan Berus Gigi di Tempat yang Lembap dan Tertutup
    Kelembapan adalah persekitaran yang ideal untuk pertumbuhan bakteria. Oleh itu, berus gigi yang diletakkan dalam bekas tertutup atau tempat yang lembap untuk tempoh yang lama akan menggalakkan pembiakan bakteria. Sebaliknya, biarkan berus gigi anda kering di tempat yang mempunyai pengudaraan yang baik.

2. Bolehkah air garam membantu dalam penjagaan gigi yang baik?

Ya, air garam boleh membantu dalam penjagaan gigi yang baik, tetapi ia bukanlah pengganti kepada amalan kebersihan mulut yang betul seperti memberus gigi dan flos.

Air garam bertindak sebagai agen pembilas mulut semula jadi yang boleh memberikan beberapa manfaat seperti mengurangkan keradangan, membunuh bakteria, melegakan sakit gigi, dan menyegarkan nafas.

3. Adakah berus gigi elektrik lebih baik daripada berus gigi manual dalam penjagaan kesihatan gigi?

Berus gigi elektrik dan berus gigi manual kedua-duanya boleh membersihkan gigi dengan berkesan, tetapi terdapat beberapa kelebihan yang perlu dipertimbangkan.

Kelebihan Berus Gigi Elektrik

  • Lebih mudah: Berus gigi elektrik melakukan sebahagian besar kerja memberus untuk anda. Anda hanya perlu membimbing berus ke seluruh permukaan gigi.
  • Lebih berkesan: Kajian menunjukkan bahawa berus gigi elektrik, terutamanya yang berputar, boleh menghilangkan lebih banyak plak dan mengurangkan gingivitis (radang gusi) berbanding berus gigi manual.
  • Pemasa: Kebanyakan berus gigi elektrik dilengkapi dengan pemasa yang membantu anda memberus gigi selama 2 minit yang disyorkan.
  • Sensor tekanan: Sesetengah model mempunyai sensor tekanan yang memberi amaran jika anda memberus terlalu kuat, yang boleh merosakkan gusi dan enamel gigi.
  • Sesuai untuk orang tertentu: Berus gigi elektrik mungkin lebih mudah digunakan bagi orang yang mempunyai masalah mobiliti atau kesukaran memberus gigi secara manual.

Kelebihan Berus Gigi Manual

  • Lebih murah: Berus gigi manual jauh lebih murah daripada berus gigi elektrik.
  • Mudah didapati: Anda boleh membeli berus gigi manual di mana-mana kedai.
  • Mudah alih: Berus gigi manual sangat mudah alih dan tidak memerlukan pengecasan.

Ubat Gigi untuk Anda!

Teruskan Pembacaan