Kesihatan mulut yang baik bermaksud mulut yang bebas daripada sebarang penyakit, sama ada jangkitan secara tiba-tiba atau masalah jangka panjang seperti penyakit gusi, luka mulut, kehilangan gigi, kaviti atau kanser mulut.
Walaupun banyak penyakit mulut boleh dicegah, kerosakan gigi masih menjadi kebimbangan utama rakyat Malaysia.
Namun, jika anda sudah berhadapan dengan gigi berlubang, pemilihan ubat gigi yang betul agak mencabar terutamanya apabila pelbagai faktor ubat gigi tersebut harus dipertimbangkan.
Jom kita ketahui ubat gigi yang sesuai bagi masalah ini!
Apakah Punca-Punca Gigi Berlubang?
Gigi berlubang berlaku disebabkan beberapa gabungan faktor seperti:
1. Bakteria dan Plak
Bakteria dalam mulut anda sentiasa menghasilkan asid. Apabila anda makan makanan bergula atau berkanji, bakteria ini memakan gula dan menghasilkan lebih banyak asid yang akan menyerang lapisan enamel gigi anda.
Jika tidak dilupuskan, ia boleh mencipta lubang atau rongga kecil pada gigi anda.
2. Kebersihan Mulut yang Tidak Baik
Kelepaan penberusan gigi dan penggunaan flos yang kerap berpotensi mempengaruh pembentukan plak.
Apabila lapisan ini mengeras, karang gigi yang dibentuk akan menjurus kepada masalah kesihatan gigi yang lain seperti gigi berlubang.

3. Tabiat Pemakanan
Kekerapan tabiat makan snek, terutamanya makanan bergula atau berkanji, turut meningkatkan penghasilan asid daripada pembiakan bakteria yang boleh mengakibatkan masalah gigi berlubang.
4. Masalah Mulut Kering
Air liur membantu meneutralkan asid dan membersihkan zarah makanan. Oleh itu, jika anda mempunyai masalah mulut kering, gigi anda lebih mudah berlubang.
5. Genetik
Sesetengah individu lebih terdedah kepada gigi berlubang disebabkan faktor genetik yang mempengaruhi kekuatan enamel atau pengeluaran air liur.
Anda Mungkin Juga Menyukai: Cara Hilangkan Karies Gigi: Adakah Anda Berisiko?
Ciri-Ciri Ubat Gigi Terbaik Untuk Gigi Berlubang
Ubat gigi yang baik bukan sahaja berperanan membersihkan gigi anda, tetapi juga membantu mencegah dan mengatasi gigi berlubang.
Berikut adalah beberapa ciri-ciri ubat gigi yang perlu anda perhatikan saat memilih ubat gigi:
1. Mengandungi Fluorida
Utamakan ubat gigi yang berkesan membersihkan gigi anda tanpa menyebabkan pengikisan lapisan enamel.
Pastikan ubat gigi anda mengandungi fluorida seperti ubat gigi Zaitun Aloe Vera, kerana ia terbukti memainkan peranan penting dalam mencegah kaviti dan menguatkan gigi anda.
Sebelum membuat pembelian, pastikan anda semak kandungan ramuan dalam ubat gigi tersebut dengan teliti.
Ingat bahawa ramuan ubat gigi boleh memberi kesan yang berbeza pada kesihatan mulut – sesetengahnya bermanfaat, sementara yang lain mungkin tidak.

Rasai kesegaran semula jadi dengan Ubat Gigi Aloe Vera Perlindungan Gusi Herba Zaitun. Diperkaya dengan ekstrak Aloe Barbadensis dengan kandungan fluorida, ubat gigi ini menenangkan gusi yang sensitif dan membantu menguatkan enamel gigi anda.
Bebas daripada bahan kimia berbahaya, ia adalah pilihan ideal untuk menjaga kesihatan mulut anda seisi keluarga!
@zaitun.official Fungsi Zaitun ubat gigi aloe vera ✅ Perlingdungan & penjagaan gusi ✅ Membantu melegakan sakit gusi ✅ Membantu menguatkan enamel gigi ✅Membantu mengyegarkan nafas ✅ Sesuai untuk gusi & gigi sensitif Dapatkan di live sekarang ! #fyp #zaitun #gunakantanpawaswas #ubatgigizaitun ♬ original sound - Zaitun Industry
2. Diluluskan oleh KKM
Trend ubat gigi buatan sendiri oleh influencer yang popular di media sosial mungkin kelihatan menarik, tetapi pengguna perlu berhati-hati kerana ia belum tentu selamat dan berkesan disebabkan tiada jaminan ujian keselamatan yang lengkap.
Oleh itu, salah satu kriteria utama yang perlu ditelitikan semasa membeli ubat gigi adalah untuk memastikan ia telah mendapat kelulusan KKM.
Untuk menjamin ubat gigi dan ramuan telah diluluskan oleh pihak KKM, anda boleh melayari laman sesawang tersebut untuk menyemak.
3. Faedah-Faedah Tambahan
- Ubat gigi dengan kandungan Xylitol
Kanak-kanak lebih mudah terdedah kepada kaviti disebabkan oleh faktor-faktor seperti kekerapan makan snek, kekurangan rajin memberus gigi, dan enamel gigi yang sedang membesar.Oleh itu, pemilihan ubat gigi yang sesuai untuk mereka adalah sama pentingnya dengan orang dewasa untuk memastikan asas kesihatan mulut mereka kukuh semasa mereka membesar.
Ubat gigi yang mengandungi xylitol (sejenis gula semula jadi), adalah rakan baik gigi, terutamanya untuk kanak-kanak. Ia bukan sahaja menghalang bakteria penyebab kerosakan gigi, tetapi juga mengurangkan risiko sakit gigi.
- Ubat Gigi Disyorkan Doktor Gigi
Ubat gigi yang disyorkan oleh doktor gigi anda biasanya telah dikaji dengan ketat untuk memastikan keberkesanannya dalam memerangi masalah kesihatan mulut dan keselamatannya untuk pengguna.Pengesahan daripada profesional pergigian ini dapat memberikan jaminan penting mengenai kualiti dan kesesuaian produk untuk kegunaan harian anda.
Rekomendasi Artikel:
Ubat Gigi Zaitun Sesuai Untuk Seisi Keluarga!
Apakah Rawatan untuk Gigi Berlubang?
Rawatan yang sesuai untuk gigi berlubang bergantung pada tahap kerosakan gigi anda. Mari kita lihat beberapa pilihan rawatan yang biasa dilakukan oleh pakar doktor gigi:
1. Inlay atau Onlay

Inlay dan onlay adalah tampalan yang lebih besar, biasanya dibuat di makmal gigi. Perbezaannya adalah proses inlay mengisi bahagian tengah gigi, manakala onlay meliputi bahagian kunyah gigi.
2. Mahkota Gigi (Crown)
Mahkota gigi adalah penutup yang menutupi seluruh permukaan gigi yang rosak. Ia boleh dibuat daripada pelbagai bahan seperti porselin, logam, atau gabungan keduanya.
Rawatan ini dilakukan untuk melindungi gigi yang lemah, memperbaiki penampilan gigi, dan mengembalikan fungsi menggigit anda.
3. Rawatan Saluran Akar (Root Canal Treatment)

Rawatan saluran akar dilakukan apabila jangkitan telah merebak ke pulpa gigi (bahagian dalam gigi yang mengandungi saraf dan saluran darah). Doktor gigi akan membersihkan saluran akar yang dijangkiti dan kemudian mengisinya.
Rawatan ini dilakukan untuk menyelamatkan gigi yang rosak teruk dan mencegah kehilangan gigi.
4. Pencabutan Gigi (Tooth Extraction)
Pencabutan gigi adalah prosedur untuk membuang gigi yang sangat rosak atau tidak dapat diselamatkan menggunakan rawatan-rawatan tersedia.
Pencabutan gigi biasanya dilakukan sebagai pilihan terakhir apabila rawatan lain tidak berjaya.
5. Tampalan (Filing)

Berbanding dengan rawatan inlay dan onlay, rawatan tampalan gigi adalah prosedur yang paling umum untuk merawat gigi berlubang kecil hingga sederhana.
Dalam rawatan ini, doktor gigi anda akan membersihkan kawasan yang berlubang dan mengisi ruang tersebut dengan bahan tampalan seperti komposit atau amalgam untuk mengembalikan bentuk dan fungsi gigi anda.
Cara Mencegah Gigi Berlubang
Mencegah gigi berlubang adalah langkah penting untuk menjaga kesihatan mulut anda secara menyeluruh.
Berikut adalah beberapa perkara yang anda boleh lakukan:

1. Memberus Gigi Anda Secara Berkala
Berus gigi anda sekurang-kurangnya dua kali sehari (selepas bangun pagi dan sebelum tidur malam) selama dua minit menggunakan ubat gigi yang sesuai untuk masalah gigi berlubang anda.
2. Flos Gigi Anda Setiap Hari
Gunakan flos gigi untuk menghilangkan kotoran dan sisa makanan yang terperangkap di celah-celah gigi anda supaya pembentukan plak tidak berlaku.
3. Amalkan Pemakanan yang Seimbang
Kurangkan pengambilan makanan dan minuman bergula seperti coklat dan minuman berkabonat yang boleh mengundang kepada pembiakan tambahan bakteria pada gigi berlubang anda.
Malah, pengamalan makanan yang sihat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, dan makanan yang kaya dengan kalsium adalah lebih disarankan.

4. Lawati Doktor Gigi Anda
Jumpa doktor gigi anda setiap enam bulan untuk pemeriksaan dan pembersihan gigi profesional untuk menghapuskan sebarang risiko yang boleh menyumbang kepada gigi berlubang.
Kesimpulan
Sama seperti memilih kasut larian yang sesuai untuk maraton, memilih ubat gigi yang betul memastikan anda dilengkapi untuk pertempuran harian melawan plak dan bakteria supaya gigi kekal sihat dan kuat.
Dengan komitmen terhadap kualiti dan produk halal serta bersih untuk semua pengguna, kami di Zaitun berdedikasi mengutamakan kesihatan gigi anda yang lebih sihat.
Dapatkan ubat gigi Zaitun sekarang melalui platform pembelian atas talian seperti Shopee, Lazada, Tiktok, ataupun secara fizikal di lokasi-lokasi runcit tertera.
Maklumat yang terkandung dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan dan maklumat umum sahaja. Artikel ini tidak bertujuan menggantikan nasihat, diagnosis, dan rawatan perubatan profesional. Sentiasa rujuk kepada doktor gigi atau pakar kesihatan anda sebelum memulakan sebarang rutin penjagaan gigi baharu, atau jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai kesihatan mulut anda.
Jadilah Rakan Niaga Zaitun
Soalan Lazim
1. Bolehkah ubat gigi menghalang gigi berlubang daripada bertambah teruk?
Ya, ubat gigi yang baik, terutamanya yang mengandungi fluorida, dapat membantu mencegah gigi berlubang menjadi lebih teruk.
Berikut adalah cara ubat gigi dapat membantu mengatasi masalah ini:
- Menguatkan enamel gigi
Fluorida dalam ubat gigi membantu menguatkan enamel gigi supaya lebih tahan terhadap serangan asid yang dihasilkan oleh bakteria penyebab gigi berlubang. - Memperlambat perkembangan lubang
Jika sudah mempunyai lubang kecil, fluorida dapat membantu memperlambat proses kerosakan gigi dengan meremineralisasikan enamel di sekitar lubang tersebut. - Mencegah pembentukan plak
Beberapa jenis ubat gigi juga mengandungi bahan yang dapat membantu mencegah pembentukan plak.
Namun, adalah penting diingat bahawa ubat gigi hanya merupakan salah satu bahagian daripada penjagaan gigi yang baik secara keseluruhan.
2. Adakah ubat kumur boleh mengurangkan sakit gigi berlubang?
Ya, ubat kumur di pasaran yang mengandungi antiseptik dapat membantu mengurangkan sakit gigi berlubang dengan lebih berkesan.
Ubat kumur berfungsi:
- Membunuh kuman dan bakteria mulut
Banyak ubat kumur di pasaran mengandungi bahan aktif yang dapat membunuh bakteri penyebab infeksi pada gigi berlubang. Ini membantu mengurangi peradangan dan rasa sakit. - Membersihkan mulut
Ubat kumur membantu membersihkan sisa makanan dan plak yang melekit pada gigi untuk mengurangkan risiko jangkitan.
3. Bolehkah gigi berlubang sembuh sendiri?
Tidak, gigi yang sudah berlubang adalah sebahagian daripada gigi yang rosak dan tidak memiliki kemampuan untuk diperbaiki sendiri walaupun menggunakan ubat gigi yang menyasarkan gigi berlubang.
Salah satu cara menyelesaikan masalah gigi berlubang adalah melalui rawatan pakar oleh doktor gigi.
4. Berapa lamakah gigi berlubang boleh dibiarkan tanpa rawatan?
Tiada tempoh masa yang menyatakan berapa lama gigi berlubang boleh dibiarkan tanpa rawatan, tetapi adalah dinasihatkan supaya ia tidak dibiarkan terlalu lama tanpa rawatan untuk mengelakkan komplikasi gigi lain yang mungkin berlaku seperti:
- Infection
- Abses gigi
- Kehilangan gigi
- Masalah kesihatan lain yang lebih serius seperti endokarditis (infeksi pada lapisan dalam jantung) atau abses otak.
5. Bagaimana menghentikan gigi berlubang daripada membesar?
Gigi berlubang yang dibiarkan begitu sahaja akan semakin membesar dan berpotensi menjurus kepada beberapa masalah kesihatan gigi yang lebih serius.
Berikut adalah beberapa cara biasa yang boleh anda lakukan untuk mencegah gigi berlubang daripada membesar:
- Dapatkan rawatan profesional daripada doktor gigi anda.
- Amalkan pembersihan dan penjagaan gigi yang betul di rumah.